Saturday, July 6, 2013

NOTA PENGUKUHAN: Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar


Langkah mengurangkan kesan kegiatanmanusia terhadap alam sekitar. 

- Langkah pemuliharaan dan pemeliharaan

· Pemeliharaan:

Usaha untuk melindungi, merancang dan mengurus sumber semula jadi supaya kekal berterusan.

· Pemuliharaan:

Usaha untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali pada keadaan asal.

- Antara usaha yang diambil untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar adalah seperti berikut. 
  
Penghutanan Semula 
  • Spesies pokok cepat tumbuh dan bermutu seperti akasia, batai,sesenduk ditanam di Bukit Tinggi, Pahang.
  • Ladang Hutan Jati di Kedah dan Perlis




Mewartakan hutan simpan dan tanam negara

  • Melindungi flora dan fauna
  • Aktiviti pembalakan dan pemburu tidak dibenarkan di kawasan ini
  • Contohnya Hutan Simpan Endau - Rompin, Taman Neagara  Niah




Taman Negara Pahang


Penanaman Berteres
  • Dijalankan di kawasan cerun bukit
  • Bertujuan mengurangkan hakisan tanih




tanaman padi berteres



Tanam tutup bumi

  • Kekacangan dan rumput ditanam di lereng - lereng bukit yang diteres
  • Membantu mengekalkan kebusuran tanih


kekacang sebagai tanaman tutup bumi



Penggunaan baja organik
  • Menggantikan baja kimia
  • Mengurangkan pencemaran air dan alam sekiar
  • menggunakan guano (tahi burung dan tahi kelawar ) sebagai baja





Kaedah biologi
 

  • Mengawal makhluk perosak menggunakan ular dan burung hantu
  • Di ladang kelapa sawit ,ular dugunakan untuk menangkap tikus yang sering merosakkan buah kelapa sawit



kawalan makhluk perosak menggunakan burung hantu 




Penyadiaan sistem saliran

  • Pembinaan longkang konkrit di cerun bukit




Kaedah pengurusan cerun 
  • Kawasan cerun curam dilandaikan
  • Menanam rumput di cerun
  • Membina dinding penahan hakisan

No comments:

Post a Comment