Saturday, July 6, 2013

NOTA PENGUKUHAN: Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar


Langkah mengurangkan kesan kegiatanmanusia terhadap alam sekitar. 

- Langkah pemuliharaan dan pemeliharaan

· Pemeliharaan:

Usaha untuk melindungi, merancang dan mengurus sumber semula jadi supaya kekal berterusan.

· Pemuliharaan:

Usaha untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali pada keadaan asal.

- Antara usaha yang diambil untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar adalah seperti berikut. 
  
Penghutanan Semula 
  • Spesies pokok cepat tumbuh dan bermutu seperti akasia, batai,sesenduk ditanam di Bukit Tinggi, Pahang.
  • Ladang Hutan Jati di Kedah dan Perlis




Mewartakan hutan simpan dan tanam negara

  • Melindungi flora dan fauna
  • Aktiviti pembalakan dan pemburu tidak dibenarkan di kawasan ini
  • Contohnya Hutan Simpan Endau - Rompin, Taman Neagara  Niah




Taman Negara Pahang


Penanaman Berteres
  • Dijalankan di kawasan cerun bukit
  • Bertujuan mengurangkan hakisan tanih




tanaman padi berteres



Tanam tutup bumi

  • Kekacangan dan rumput ditanam di lereng - lereng bukit yang diteres
  • Membantu mengekalkan kebusuran tanih


kekacang sebagai tanaman tutup bumi



Penggunaan baja organik
  • Menggantikan baja kimia
  • Mengurangkan pencemaran air dan alam sekiar
  • menggunakan guano (tahi burung dan tahi kelawar ) sebagai baja





Kaedah biologi
 

  • Mengawal makhluk perosak menggunakan ular dan burung hantu
  • Di ladang kelapa sawit ,ular dugunakan untuk menangkap tikus yang sering merosakkan buah kelapa sawit



kawalan makhluk perosak menggunakan burung hantu 




Penyadiaan sistem saliran

  • Pembinaan longkang konkrit di cerun bukit




Kaedah pengurusan cerun 
  • Kawasan cerun curam dilandaikan
  • Menanam rumput di cerun
  • Membina dinding penahan hakisan

NOTE PENGUKUHAN: Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Pengenalan

- Kegiatan manusia merujuk kepada aktiviti manusia yang dianggap
sebagai manusia ekonomi.

- Sebagai manusia ekonomi, iaitu menjalankan aktiviti harian dengan berinteraksi dengan alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup.

 Alam sekitar dibahagi kepada 2
komponen iaitu:-


1. Komponen mengandungi hidupan
iaitu haiwan dan tumbuhan.

2. Komponen bukan hidupan –tanah, udara dan air.

Aktiviti utama manusia

- Sebagai manusia ekonomi, manusia menjalankan kegiatan harian dengan berinteraksi kepada alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup.

- Aktiviti asas utama manusia ialah:-

1. Pertanian

2. Perlombongan

3. Pembalakan

4. Perikanan

- Aktiviti yang disebutkan di atas mempunyai kesan terhadap
keseimbangan alam sekitar sekiranya tidak ada satu panduan pengurusan sumber yang baik. 

Aktiviti Pertanian


- Aktiviti pertanian melibatkan penerokaan hutan dan tanah.

- Aktiviti pertanian yang tidak dirancang seperti aktiviti pertanian
pindah bukan sahaja menyebabkan kepupusan hutan tetapi juga
menyebabkan permukaan tanah


Akitiviti Perlombongan

AKTIVITI PERLOMBONGAN ARANG BATU


- Aktiviti ini melibatkan penerokaan tanah sama ada dengan mengorek permukaan atau menggerudi permukaan tanah untuk mendapatkan hasil mineral.

- Aktiviti perlombongan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kejadian hakisan tanah, banjir, dasar sungai menjadi cetek dan tanah lapang terbiar

Aktiviti Pembalakan

AKTIVITI PEMBALAKAN HUTAN


- Aktiviti pembalakan merupakan aktiviti yang penting bagi negara-negara tropika termasuk Malaysia kerana mempunyai spesies pokok
yang bermutu.

- Pembalakan yang tidak dirancang mempunyai kesan buruk ke atas alam sekitar kerana ia boleh memusnahkan habitat haiwan liar.

- Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh
menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat.

- Aktiviti pembalakan perlu dikawal kerana kemusnahan hutan
memerlukan 40 tahun untuk puli semula.

Aktiviti Perikanan. 

KELONG MENYIMPAN IKAN


- Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik.

- Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan.

- Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden
seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekali gus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.

Pembinaan Jalan Raya

POKOK DITARAH UNTUK MEMBINA JALAN RAYA


- Pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi menyebabkan pokok ditebang, tanah ditarah dan diratakan.

- Aktiviti ini menyebabkan perubahan landskap asal kawasan menyebabkan kejadian hakisan dan tanah runtuh.

NOTA PENGUKUHAN: Kegiatan Ekonomi Utama



SUPERMOON: Fenomena Bulan Paling Hampir Dengan Bumi




Fenomena bulan paling hampir ke bumi, yang dikenali sebagai Preigee atau Supermoon, telah dapat disaksikan 23 JUN 2013 , demikian menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa). Menurut kenyataan Angkasa, orang ramai  dapat melihat bulan yang 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa.

“Kita dapat saksikan bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh, kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir dengan bumi, dengan jarak 356,989 kilometer,” katanya.

Kenyataan itu menyebut keadaan ini berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur bukan berbentuk bulat sempurna, dan ini menyebabkan jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah. Selain itu, antara kesan jarak bulan yang dekat ialah perbezaan pasang dan surut air laut agak tinggi berbanding kebiasaan, katanya.


Tahun ini, jarak paling jauh antara bulan dan bumi ialah pada 7 JULAI, iaitu fasa bulan baharu dengan jarak 406,491 kilometer. – Laporan Bernama.

Monday, April 1, 2013

Geo INFO: Cruel and Bizarre Live Fish and Turtle Key Chains

Seriously WHY?!

 This is a GENIUS IDEA that could only come from one part of the world. Chinese vendors are selling live fish and turtles in a sealed baggy as key chains. 


 Filled with colored water, each 7-centimeter long key ring encapsulated either one Brazil turtle or two small kingfish, and is filled with “nutrient rich” water, by which vendors claim allow the animals to live for several months. Unfortunately, after your few months are up, you have a carcass key chain. 


 These adorable little gifts, which are typically sold at subway and train stations, are protected by law and, according to said law, are not considered animal abuse.





















Mary Peng, the co-founder of the International Center for Veterinary Services, says that the animals will run out of oxygen and therefore probably die before the so-called nutrients in the water run out.
Animal protection groups are advocating an immediate ban, calling the item an example of “pure animal abuse.”



What do you think CRUEL or Christmas stocking stuffer?






Saturday, March 30, 2013

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

file:///C:/Users/Acer/Desktop/Geography%20F2/Malaysia%20Sepintas%20Lalu.htm


Menyedia dan membekal maklumat perangkaan yang berkualiti, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa.

* Kedudukan negara Malaysia
* Keluasan negara Malaysia
* Jumlah penduduk negara Malaysia Terkini
* Kadar kelahiran kasar
* Kadar Kematian Kasar
* Migrasi
* Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
* Import & Eksport
*Statistik Sosial & Demografi

                                                  DAN BANYAK LAGI!!!