zaff/shahany |
Monday, October 13, 2014
Sunday, May 4, 2014
HARI GURU 2014
TEMA HARI GURU 2014
"PENCENTUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI"
Maksud Definisi Tema Hari Guru 2014
Guru: Kata guru merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
Pencetus: maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/ idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
Kreativiti: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorang dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
Penjana: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan
Inovasi: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah
dan sistem bagi penghasilan sesuatu produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik dan bermakna.
Wednesday, April 2, 2014
INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA
Objektif Umum FRIM adalah untuk:
- Menjana pengetahuan saintifik bagi pemahaman, pengurusan dan penggunaan sumber hutan
- Mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan dengan penggunaan alat saintifik terkini
- Mengkaji kepelbagaian biologi bagi menghasilkan produk berguna melalui penyelidikan dan pembangunan yang intensif
- Memajukan teknologi berkaitan bagi memenuhi keperluan industri perhutanan
- Mempakejkan hasil penyelidikan dan pembangunan untuk disebar kepada pelanggan
- Mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan melalui pemindahan teknologi kepada pihak yang berminat
- Menyediakan perkhidmatan cemerlang untuk memenuhi kepuasan pelanggan
- Mewujudkan kerjasama strategik dengan agensi tempatan dan antarabangsa
- Meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan alam sekitar dan pemuliharaan kepelbagaian biologi hutan
Objektif Operasi FRIM adalah untuk:
- Menyediakan program pembangunan sumber manusia bagi melahirkan golongan saintis yang berwibawa dan kompeten
- Menyediakan suasana kerja yang kondusif bagi menggalakkan cetusan idea di kalangan saintis dan perhubungan lebih rapat dengan pelanggan
- Menyebarkan hasil teknologi, penyelidikan serta memberi perkhidmatan nasihat dan teknikal yang tepat dan profesional
- Menyediakan penyelesaian praktikal kepada masalah berkaitan pengurusan dan penggunaan sumber dan hasil hutan
- Menyediakan kemudahan dan memberi perkhidmatan profesional dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap alam sekitar
Monday, March 31, 2014
Sunday, March 16, 2014
Wednesday, March 12, 2014
Sunday, March 9, 2014
Wednesday, January 8, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)